CARA CONNECT LAPTOP KE TV

Salam alaik semua,

Okay, sempena cuti Covid yang panjang ini, saya nak kongsikan langkah-langkah untuk sambung laptop ke TV, in case ada yang kerja dari rumah yang perlu screen besar, atau yang tengah study nak rasa acah2 hacker, atau yang paling penting yang nak tengok movie. Atau nak buat presentation nanti nak bentangkan skop kerja gotong royong sepanjang covid ini heheh...

btw : kalau berkelapangan, bagi idea sikit apa yang perlu buat? dan ada tak ahli2 sains yang boleh guide saya? bersama ini saya sertakan gambar meja study saya yang digunakan pagi2 untuk belajar coding


PERKAKASAN YANG DIPERLUKAN
1. laptop
2. Tv
3. Cable HDMI ( boleh dibeli di kedai hardware atau Shoppee)

LANGKAH
1. Bukak laptop dan Tv
2. Pasang cable HDMI di slot HDMI di kedua-dua laptop dan Tv
3. tv : Pilih Source >> HDMI
4. Di laptop boleh pilih Setting >> Control Panel >> Appearance and Personalization >> Display >> Project to a seond screen >> boleh pilih nak duplicate or extend

kalau duplicate tu screen sama untuk both, kalau extend tu kiranya ada 2 screen, cursor tu boleh gerak ke screen lagi satu kalau digerakkan hingga hujung.







Comments