Bertemu lagi kita pada hari ini!
'Ada senior kata kalau tajuk Fyp yang kita nak buat itu ada kaitan dengan internship yang kita buat semester sebelum tu lagi bagus. Kadang-kadang ada projek yang kita boleh teruskan dari intern ke FYP'
begitulah kata Kamal waktu kami mula bincang haritu.
Pertama kali bila sebut pasal FYP ini, saya mula membayangkan sister atau brother yag sedang mengambil sampel photon yang berada di hasil daripada Mach-Zender interference, atau brother yang sedang menekuni oscilloscope untuk melihat perubahan voltan atau sister yang berkaca mata bersarung tangan mengendalikan bahan radioaktif di makmal tingkat tiga yang sejuk. Secara ringkas, apa yang saya bayangkan ialag individu berjaket biru gelap yang berulang-alik meneliti kitab-kitab tebal di perpustakaan dan ber'mastautin' di makmal 24 jam.
Ditambah pula apabila melihat senior tahun akhir yang matanya lebam kerana berjaya malam. Lagilah rasa macam 'uish,dahsyatnya FYP'
Sebenarnya, FYP tu ibaratnya seperti folio kajian tempatan yang kita buat sewaktu darjah 5. Cuma sekarang, kita sudah berada pada umur 20-an. Takkanlah kita menulis dengan cara yang sama. FYP ini lebih teratur, sistematik, kena tulis dari sumber mana, kenapa kajian tersebut dilakukan, apa kepentingan dan sumbangan? Malah, ada juga yang kata FYP ini ibarat ber`panglipur lara` tentang dapatan kita sepanjang 4 tahun dalam satu naskah.
Berbalik kepada tips bagi pemilihan tajuk FYP;
1. Tentukan minat
'tapi saya takda minat?' kalau dah ada tajuk yang kita minat baik teruskan, kalau tiada, cari tajuk yang berkaitan dengan subjek yang kita skor. Misalnya, dalam bidang fizik, ada cabang-cabang yang lain seperti optik, elektromagnetik, radioaktif, nuklear, astronomi, kuantum, biofizik dan pelbagai lagi. Atau dalam cara yang lain, cari kita selalu dapat 'A' dekat subjek mana.
Atau jika kita tak pasti kita minat apa, maka cuba senaraikan perkarayang kita tak minat tu. Maka, kita dah boleh kenalpasti tajuk mana yang kita boleh bawak.
2. Pilih jenis
Waktu Dr Ahmad keluarkan tajuk, saya kategorikan tajuk itu kepada experiment, simulation dan review.
Experiment ni kiranya kena bina model, kaji hasil. Boleh jadi kena duduk dalam makmal atau banyak kena keluar, cari dan uji bahan. Waktu tahun saya ni, kawan saya ada buat experiment Arduino sensor, experiment yang extract bahan-bahan, dan yang membuat peralatan yang boleh dikomersialkan. Rakan sekelas saya, Aini berjaya membina sistem Arduino yang boleh mengawal kelembapan air dalam tanaman. Seorang lagi Ain membuat kajian tentang perangkap nyamuk menggunakan frekuensi yang bersesuaian. Malah, hasil mereka ini berpotensi untuk dikomersialkan. Wah, boleh kaya macamtu..
Simulation. Haa.. yang ni kiranya macam saya la ni. Selalunya untuk experiment yang cost tinggi atau peralatan yang susah dikawal atau terdapat limitasi dalam melakukan experiment sebenar. Bagusnya simulation ni kiranya boleh dibuat dimana-mana, bila masa saja, terutama pada musim pandemik ini. Dan masa nak buat pun jimat, cuma tak dapat pengalaman sebenar macam mana nak kendalikan sistem sebenar. Macam saya guna simulation Optisystem 7.0 dan 17.0, untuk optimization optical fiber punya sistem, lagi cun proses kalau laptop jenis laju.
Review ini sesuai untuk orang yang suka membaca. Semua thesis kena baca sebenarnya.. Cuma review ini lebih kepada bandingkan antara satu thesis dan lain thesis.. untuk proposal dan kerja kelihatan mudah.. tapi sebenarnya untuk bahagian 'result' tu payahjugak sebab kena fikir nak letak result apa.. Seperti macam mana nak concludekan setiap thesis tu dengan fixed variable dan manipulated variable yang adil. Haa.. camtu..
3. Doa yang terbaik dan buat sungguh-sungguh..
Macam saya kata tadi, sepanjang hidup kita, tak semestinya kita akan dapat benda yang kita suka kan? Hatta kalau kita kerja nanti pun akan ada perkara yang di luar pengawalan kita.. Maka, doalah yang terbaik. Macam saya dulu saya tak pasti saya minat tajuk apa, cuma saya elakkan tajuk bio-sensor. Dan lecturer saya letak lecturer yang saya rasa selesa untuk berinteraksi.
Waktu saya buat FYP tu dahla tengah peak Covid, PKP, jadi tak boleh balik campus. Hanya sempat face-to-face consultation untuk 2 minggu sahaja kemudian kena balik Perak dah. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walaupun banyak yang saya tak reti. Saya kira bertuah la sebab dapat SV yang berpengalaman dan baik, kira dia memang akan jawab segala persoalan saya dengan panjang lebar. Sampai sekarang pun saya in-contact dengan SV saya lagi. hehe..
--------------------------
" Saya rasa saya tak boleh la, tajuk ni susah, lagipun saya bodoh, "
Its okay, saya pun rasa macamtu.. tapi personally saya rasa thesis ni kalau awak memang buat sungguh-sungguh dlam 1 bulan lebih dah siap dah. yang ambil masa lama tu sebab kita nak hadam format baru dengan isi baru lagi..
Benda ni do-able ja sebenarnya.. Awak boleh buat.. 4 tahun lebih atau 20+ tahun ni pun kita dah banyak mengharungi ujian, ini kira level up sikit. Usaha kita kena lebih sikit dan guna strategi yang betul. Dulu sebelum saya mula, saya ada tanya senior saya, Sr. Syahira, Sr, FAdhilah, Sr. Zubaidah, Sr. Adilah tentang tips buat FYP ni..
Rasa bodoh tu normal.. Kalau awak rasa pandai tu tak normal.. kalau awak rasa bodoh tapi awak excited nak belajar, nak explore benda baru tu bagus. Okay, apa2 boleh tanya saya ya.
nah tengok langit, you are more than just YOU!!
Comments
Post a Comment