TENTANG MEVLANA EXCHAGE PROGRAMME ? MALAYSIA TURKEY

Salam alaik gaisss...

Sihat ke semua? Tadaa... harini inshaallah akan share pasal program yang saya join yang buatkan saya ada di turki ni...

APA itu MEVLANA EXCHANGE PROGRAMME?

 okay, dia sebenarnya exchange program, antara Malaysia and Turkey. Samada untuk satu semester atau untuk satu tahun. Nak join ni kena apply dengan universiti masing-masing. Program ni available untuk students and untuk academic staff. Selain program ni, banyak lagi exchange program yang IIUM tawarkan kepada students, contohnya di Brunei, Korea dan Japan. Tapi dia depends kepada course yang kita ambil.

Jadi under program ini, student Malaysia ke Turkey, student Turkey ke Malaysia ... haa.. macamtu.. antara universiti dari Malaysia yang terlibat ialah IIUM, UM , UPM, KUIS dan UNIsel. Tapi setakat ni saya tak jumpa lagi student dari KUIS dan UNISEL. Dan ada juga negara-negara lain terlibat sama.  under Mevlana exchnage programme ni ada banyak universiti IPTA turki yang terlibat. Kalau saya, involve dalam Sakarya University.

MACAM MANA NAK APPLY?

 Application untuk mevlana exchange programme ni buka setiap bulan 2, selalunya akan keluar di IIUM announcement, jadi kena peka dengan announcement kat situ. And then nanti kena submit nama dekat department masing-masing and department akan email borang dekat email kita.

Oh ya... sebelum apply tu kena tengok list university yang terima kita punya course. Kalau course saya ada 3 university untuk physics, Sakarya University, Selcuk University and Suleyman Demiral University. Alhamdulillah saya dapat untuk semua 3 university yang saya apply, tapi saya pilih Sakarya University.. hehhe

Borang dia mudah ja. And yang bagusnya dia tiada interview. Jadi doa banyak-banyak. And kena allert dengan dia punya deadline.

REQUIREMENT UNTUK APPLY?

okay, yang first dia nak latest academic transcript, jadi result sem lepas tu print and bagi dekat IIUM.  Lagi dia nak lagguage result, yang tu saya bagi result EPT yang ambil waktu CFS, jadi photostat academic transcript CFS and bagi yang tu.. and lagi dia nak gambar passport.. Haa.. tu ja..

Senang kan? academic tu paling kurang kena cgpa 2.5 or 3.0 saya tak ingat pula..

Sesetengah program nak signature dari Head of Department, jadi boleh minta dekat HOD masing-masing and minta pendapat dulu.


BERAPA LAMA ?

Paling kurang 1 semester dalam 4-5 bulan.. paling lama 1 tahun.. tapi selalunya orang pilih 1 sem.. sebab scholarship akan tanggung untuk 1 semester sahaja..

Pelajar boleh pilih samada nak pergi waktu fall semester atau waktu Spring semester. Jadi saya pilih Fall semester sebab nak tengok salji... ahahah.. padahal spring pon dapat tengok salji jugakk... lagipun saya pergi awal sebab lepasni saya kena intern pulak..

BERAPA BANYAK KOS YANG DIPERLUKAN?

Under program ini akan ada Scholarship yang diberikan sebanyak 1000lira setiap bulan.. tapi tak semua orang akan dapat scholarship ini atas masalah kegawatan ekonomi... sebenarnya saya juga tidak pasti cara mereka memilih penerima Scholarship sebab dia macam tak tengok pon CGPA and faktor kewangan.

Kalau yang tiada scholarship, oleh provide paling kurang RM8000 ( beedasarkan senior yang pergi tahun lepas) , ini dah termasuk kos flight, rumah sewa and jalan-jalan sikit, nanti saya tunjuk expenditure plan saya ya.

Sebab waktu saya pergi ni duit lira tengah jatuh, 66sen Malaysia menjadi 1lira, jadi mungkin kos perbelanjaan akan dapat dikurangkan.. tambah pula barang di Sakarya ini agak murah dan saya plan nak diet.. harapnya berjaya diet and kurangkan perbelanjaan.

KENA BAYAR YURAN KEPADA UNI TURKEY KE? BERAPA?

Kalau untuk yuran, sebab under exchange programme, jadi bayar kepada universiti di malaysia sahaja yang tuition fee.. yang mahallah fee tak perlu bayar.. kepada universiti turki pun tak perlu byar apa-apa yuran.. cuma nanti untuk buat kad pelajar sahaja..

Kalau course physics di IIUM, usually total yuran 1 semester dalam RM1480 , tapi kita akan bayar RM700 untu tuition fee sahaja kepada IIUM. :)

BELAJAR DALAM BAHASA?

Di sini, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan warga di sini adalah lemah. Lecturer mereka boleh berbahasa Inggeris, tapi disebabkan pelajar mereka kurang menguasai bahasa inggeris, jadi pembelajaran dalam bahasa turki.

hey .. hey.. jangan panik!

untuk exchange student, akan ada private tutoring session, jadi lecturer akan ajar kia dalam english. Dalam masa yang sama.. kita boleh belajar dari utube kan? Minggu depan baru kelas saya bermula.. jadi saya tidak pasti bagaimana keadaan kelas mereka..

Lagipun inilah masanya untuk kita belajar lagi satu bahasa kan? Positive kay? lagipun sekarang ni sudah banyak kemudahan untuk belajar bahasa turki..  ada juga free elective class untuk kita ambil.. macam history class, economy class, dancing class, swimming class , turkish class and a lots moree!!


BILA RESULT KELUAR?

Oh, saya apply bulan 2, and waktu akhir semester keputusan akan diumumkan melalui i maalum dan email. Then, lepas result keluar tu, dia akan minta kita reply samada kita nak join or taknak join.. then, lepastu kita kena isi learning protocol and submit passport copy, yang ada subjek-subjek yang kita nak transfer credit.Time ni kira dah confirm dah sebenarnya.. cuma tak dapat tarikh lagi..

Then, lepas submit learning protocol, baru akan dapat acceptence letter, selalu keluar 1 or 2 week before semester IIUM start. ahahah.. macam lambat kan?

Then, akan ada briefing semua. Untuk student Malaysia tak perlu ada visa, cukup dengan passport sahaja, later di turki akan buat residence permit.


okaylah... Goodluck semua yang nak apply.. Jom la apply..

ni la masanya kita nak lihat sejarah.. menjejaki tanah yang dahulunya didiami oleh sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera.. menghayati ibarah dan segalanya kay..  anak melayu semuanya hebat pandai.. meneroka seluaruh dunia demi ilmu dan keberkatan... 

apa-apa soalan boleh roger saya ya.. drop comment or email saya.
ah lanje gambar jalan ket... heheheh


Comments

  1. nak tengok tempat bersejarah kt sne :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik... tempat bersejarh mostly dekat istanbul. dekat sini ada sikit.. nanti kita share lagi.. hihihi.. inshaallah

      Delete
  2. May I get your email Sister? I have some questions regarding MEP. Thank You in advanced :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tak perasan. boleh email saya kat qierazalie@gmail.com

      Delete

Post a Comment