JUAL KEREPEK : SIDE INCOME STUDENT

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu kembali kita dalam blog ini. Hehehe.. kalini nak kongsi pengalaman menjual kerepek.

Buat pengetahuan semua, saya ada buat business part time sebagai sampingan untuk menampung perbelanjaan semasa menuntut di IPTA di Malaysia ini. Yang tu boleh tengok instagram @syarozarts. Hehehe...

Tapi sebab kalini exam dan saya tak sempat nak melukis. Jadi saya ambil jalan mudah untuk menjana pendapatan sampingan sebagai pelajar, lagi-lagi tengah hujung semester ini kan.

Minggu pertama ramadhan kalini, rasa teringin pulak nak makan kerepek. Maka saya pon tempah kerepek dari pengusaha bumiputera yang beragama Islam. Ingat ya! Halal tu penting!

Kemudian, tiba-tiba tengok poket semakin kempis. Then, malam tu sajala share gambar kerepek, sapa nak tempah kerepek, boleh dapat minggu depan. Saja post kat whatsapp story. Hehehe. Sebab baru nak test plus segan nak promote.

Alhamdulillah, ada beberapa kawan jugak yang tempah kerepek. Maka saya pon proceed order. Ini juga usaha membantu usahawan bumiputera.

Jap lanje gambar kerepek sat.

Okay, pagi ini baru dapat. Ini gambar kotak yang dipos.

Berat jugak dua kotak ni. Nasib baik pos and bawak naik mahallah guna grabcar.

Then, saya pon mulalah excited susun kerepek atas meja. Tangkap gambar sikit and sebagainya.. hehe.. first timer lagi.. dan mulalah proceed contact customer.. hantar barang.. turun naik mahallah..


Haa.. atas ni gambar sebahagian order.. 

Bila nak hantar kerepek tu tiba-tiba terfikir.. oh macam ni rupanya perasaan orang berniaga.. macam ni rupanya harapan peniaga.. harap barang dagangan laku.. supaya boleh bayar yuran.. beli lauk buka puasa.. beli baju raya and so on..

Dan ini rupanya perasaan peniaga.. perasaan excited nak terima bayaran.. nak cari nafkah.. 

Dan betapa hampanya perasaan peniaga bila dah submit barang tapi duit tak sampai lagi.. orang minta diskaun.. hutang and lambat bayar..

Macam ni rupanya.. yang pasti banyak lagi yang kena belajar..  and pengalaman yang bagus jugak sebenarnya supaya kita menjaga hubungan sesama manusia..

Ahahaha.. maybe pada sesetengah orang rm1 tu tiada makna.. tapi rm1 tu ibarat rm10 bagi sesetegah orang..

Dan dari sini dapat belajar macam mana penatnya mak dan ayah kita cari duit nak bagi kita  belajar and makanan and besarkan kita. So jangan main-main kay!

Sekian, itulah ibrah dari kisah saya menjual kerepek di IIUM kuantan pada bulan ramadhan

Comments