Asaalamualaikum w.b.t. semua
Sihat ke?
Okay semalam first official class saya. Tapi actually dah second week dekat sini.
Sebab ahad tu kami kehujanan sebab tiba-tiba hujan and hanya berdiri bawah bus stop lepas balik dari Carsi (sejenis pasar and taman).. and sebab rupanya tak pasang alarm lepas subuh tu, jadi tak perasan dah pukul 8. Selalu naik bas 730 ke universiti. Jadi sebab dah lewat, jadi tunggu la bus jam 830 pulak. class pukul 9 pagi.
Sebab ramai sangat pulak orang sampai 2 mini bus pun tak muat. Then, bas ketiga pun sampai. Jadi bertolak dalam 845. Dan sebab bertolak lambat, sampai pun lambat. Plus, dengan kena berlari dari bus stop ke kelas lagi.
Tibanya di kelas, dalam Blok B, kelas 102, and suprisingly tiada orang dalam tu. eh, memang kelas cancel ke macam mana ni? Saya pun berdiri la di luar kelas sambil tunggu in case ada classmate yang datang sekaligus tengok semula betul ke jadual ni.
Few minutes after that, masukla 2 orang lelaki. Yang seorang tu nampak macam lebih tua. Then saya pun masuk kelas. Alhamdulillah lecturer tu boleh berbahasa inggeris. dan dia kata dia akan bagi slide yang dalam english.
The most suprising part is bila saya tanya berapa student yang ambil subject ni semester ini. And he said 5 students. but maybe they do not come to the class today.. sebab kelas yang saya masuk ni kiranya dah tahun-tahun akhir.
And the class begins... dengan hanya saya sebagai satu-satunya student dalam kelas tu yang datang. huhuuhhu.. baru ja ingat boleh jumpa classmates and boleh tolong berbahasa turki ke...
Yang bagusnya, lecturer dia dekat sini memang guide habis, dia punya explanation pun teliti siap lukis gambar semua, siap terangkan law tu sebenarnya boleh prove apa and cerita di sebalik setiap steps yang di ajar. Bersungguh-sungguh nak explain sesuatu teori tu sampai student dia faham. Siap dengan gaya-gaya lagi.
Lagipun sebab belajar 1-1 , jadi memang kena prepare kalau dia nak tanya soalan. Kalau tak focus dalam kelas tu tak tahula nak cakap macam mana. Nak pandang phone pon tak sempat . Kiranya students mereka sangat beruntung sebab dapat lecturer yang guide sehabis baik. Yang kalau di IIUM, kami memang telah di ajar, kalau nak tahu something dengan lebh detail, belajar sendiri, google sendiri, youtube sendiri..
And then nak masuk second class, tapi sebab venue tiada, jadi saya pun carilah bilik lecturer tersebut. Yang ini untuk subjek Quantum Mechanic. And bila masuk bilik dia tu and after introduce myself. Then , dia kata dia ajar dalam bahasa Turki. And saya cakap, its okay, saya boleh kalau in Turki sebab saya boleh study sendiri, cuma untuk exam ja saya request dalam english. Then, dia kata sorry sebab saya maybe tak boleh ambil subjek Quantum semester ini.
Dengan jiwa yang sedih sebab tak dapat ambil subjek tersebut, maka saya pun dudukla di luar kelas sambil tengok file kalau ada lagi subjek yang boleh saya ambil.. Then, baru ja nak keluarkan phone. Tiba-tiba Dr. Omer keluar balik and panggil masuk lab dia. And then saya explain la yang subjek ni ja yang available semester ni dalam learning protocol dan semua sekali.... And saya once again kata yang i willingly ambil subjek ni walau pebelajaran in turkish. Alhamdulillah dan dia pun kata jumpa dalam kelas 10 minit lagi..
Once again, classmate saya ada 3 orang ja including me.. and saya sorang ja yang datang kelas.. ahahhaa.. itulah kisah saya kelas semalam.
And pagi tadi saya salah tengok jadual kelas pulak. Ingatkan kelas petang, rupanya 9 pagi. And then bila saya check website balik lecturer tukar kelas jam 11pagi. And kelas kami ada 3 orang jugak. 2 lagi brothers, Mehmet and lagi satu saya tak ingat.
bawah ni gambar buku yang doktor saya bagi sebagai rujukan, and siap bagi past year question lagi.
doakan syaroz supaya dapat belajar di sini dengan penuh keazaman dan keberkatan.
Once again, classmate saya ada 3 orang ja including me.. and saya sorang ja yang datang kelas.. ahahhaa.. itulah kisah saya kelas semalam.
And pagi tadi saya salah tengok jadual kelas pulak. Ingatkan kelas petang, rupanya 9 pagi. And then bila saya check website balik lecturer tukar kelas jam 11pagi. And kelas kami ada 3 orang jugak. 2 lagi brothers, Mehmet and lagi satu saya tak ingat.
bawah ni gambar buku yang doktor saya bagi sebagai rujukan, and siap bagi past year question lagi.
doakan syaroz supaya dapat belajar di sini dengan penuh keazaman dan keberkatan.
Comments
Post a Comment