PENGALAMAN DI TURKEY?

assalamualaikum w.b.t. semua..

alhamdulillah dapat kita berjumpa sekali lagi di alam maya ini...

telah bertapak sudah diri ini di bumi di mana dahulunya didiami oleh sebaik-baik raja... sebaik-baik tentera... 16 september 2018.. saya bersama dua orang lagi sahabat telah bertolak ke turkey.. kami pergi ke bumi ini dibawah program MEVLANA exchange programme.. inshallah akan berada di sini selama 4 hingga 5 bulan...

ORANG TURKEY macam mana?

Honestly, rakyat di sini sangat baik. Hari pertama kami tiba di airport dan hendak ke Otogar (stesen bas) melalui Metro ( ibarat LRT) , tapi kami masih tidak faham bahasa turki dan mesin mereka. Alhamdulillah, pertolongan ilahi bersama kami, seorang lelaki Turki, yang merupakan pramugara di situ bayarkan tiket kami dan tunjukkan kami cara ke Otogar.

Meski terdapat "langguage barrier", tapi mereka masih peramah dan bersungguh untuk membantu kami. Oh ya.. tidak semua yang tahu berbahasa inggeris.. jadi kami yang perlu menguasai bahasa Turki di sini. Hari ini sudah hari ke empat kami di sini, dan kami berbicara menggunakan bahasa turki yang basic yang kami belajar, dan kami juga gunakan google translate.. kadangkala.. bila kami tidak faham.. perbualan kami berakhir dengan senyuman dan ucapan"tesekkur ederim".

Dari segi fizikal, mereka kelihatan lebih besar dan tua. Pada hari pendaftaran di asrama, mereka sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa kami 21tahun.. ahahah.. kami juga terkejut apabila mengetahui buddy kami / facilitator kami baru sahaja 19 tahun- yang kami sangkakan dia sebaya kami. Kalau leleki di sini hampir kesemuanya berjambang, mungkin sebab sejuk. Kalau wanita di sini pula.. cantik cantik belaka.. jarang jumpa penduduk di sini yang obesiti... kalau yang freehair or bertudung semuanya cantik.. kalau muslimah mereka selalunya pakai baju labuh sangat , tapi seluar mereka sedikit ketat.. or kalau yang ber-blouse pendek, selaunya mereka pakai skirt.

MAKANAN?

okay, berbicara soal makanan. Inshaallah kebanyakan makanan di sini halal..

makanan ruji di sini adalah roti dan kebab, jadi roti di sini sangatlah murah dan besar-besar... disebabkan kami tidak membawa periuk nasi, jadi kami hanya jumpa nasi pada hari ke 4 di sini. selalunya nasi di jual di kedai nasi arab. Itupun, agak sukar untuk dijumpai disini..

dan orang di sini makan dalam kuantiti yang banyak, mungin sebab sejuk.  Di bawah ini saya kongsikan Pidem sejenis pizza panjang, harga 10 lira, selalunya seorang turki boleh habiskan satu pidem ni, panjang dia 45cm, tapi kami kongsi berdua.. dan makan 2 kali untuk teatime and dinner. doakan kami kurus sebelum kembali ke malaysia!



oh ya.. di sini kebanyakkannya guna sos tomato, tapi kalau nak sos cili boleh beli di kedai dalam 5-6lira satu botol, harga tidak mahal, cuma rasanya mungkin tidak sama seperti di malaysia.

makanan di sini sangat murah, terutamanya buah-buahan dan sayur, cuma mangga dan durian agak mahal. kelapa pon mereka potong dan letakkan dalam plastik.


okaylah... banyak lagi yang saya nak tulis.. tapi kita stop kejap sebab nak masak makaroni.. hehehe.. yang paling penting .. pengajaran yang saya dapat ialah.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri... nanti saya sambung lagi ya... macam mana transport dari airport ke sakarya

Comments