ASRAMA DAN MALL DAN SIMCARD DI TURKEY SAKARYA

Assalamualaikum w.b.t gaiss!

Sihat ke semua?

Okay kalini saya nak kingsikan tempat penginapan kami, UNIYURT and shopping mall yang berada di sekitarnya.. Oh dan juga Telco yang kmai beli untuk journey kami.

ASRAMA - UNIYURT

Okay, untuk asrama, kami stay di Uniyurt, kiranya agak jauh sikit sebenarnya dari Sakarya University, tapi dia ada provide bas dari Uniyurt ke Sakarya Universiti. Tapi sebab ni ja option yang paling okay yang Ferhat ( our buddy/faci) carikan untuk kami.. sebab susah nak jumpa rumah sewa yang bagi sewa dengan harga murah dalam tempoh 5 bulan... terutamanya kepada exchange student.. tambah pula rupa kita ni tak sama dengan mereka...

Untuk UNiyurt ni ada yang 1-bed, double bed, triple bed, and 4-bed room. Buat masa ni, kami stay di 4-bed room sebab yang lain penuh dengan student diorang.. sekarang ni kami berdua ja dalam bilik ni.. dan harapnya biar kami berdua ja.. hehehe...

Uniyurt ni bayar per semester. Dia tak ikut bulan. Bilik dia macam hotel la jugak. Sebab ada toilet dalam bilik... ada mini peti ais dalam bilik.. meja belajar sorang satu.. cadar bantal selimut semua dia provide.. and kedudukan Uniyurt ni tengah-tengah bandar.. jadi Mall memang dekat..

Dekat sini, servis dobi dia berbayar.. basuh and kering, 3 lira ja.. kira okayla daripada harga dekat mahallah IIUM heheh.. and dia punya iron pon berbayar.. satu set baju and seluar dalam 0.75 lira or 1 lira.. depends dekat baju...

66sem malaysia = 1 lira ya.. jadi kiranya bolehla untuk student.. sebab cuaca dekat sini sejuk and kering.. jadi tak berpeluh sangat..

Internet dekat sini laju.. free Wifi.. siap boleh video call lagi.. hehehe..  Dan dekat sini, dia punya cleaner akan masuk bilik untuk sapu, mop, lap meja semua twice weekly.. kami dah cakap nak bersihkan sendiri tapi diorang still masuk juga.. maybe diorang tak faham kot.. kat bawah ni ada kafe, bilik study and semua..

Dekat sini ada pantry, tapi tak bolehla masak sangat... hehe.. tapi kami dah masak macaroni dengan sosej guna heater.. nak resipi ke? ahahha

Tekan word tepi ni --- ASRAMA UNIYURT boleh tengok dulu macam mana


bawah ni view dari bilik kami.. depan tu blok brothers


yang bawah ni cara panaskan makanan ya .. jangan gelak.. ahahaha



MALL

Setakat 6 hari kami stay di sini, ada 2 megamall yang kami dah pergi dengan JALAN KAKI ya... ya... jalan kaki... Nama mall tu Serdivan Mall (1km)  and AGORA(2.5km)..

Kalau mall dekat sini lebih kurang macam AEON dekat malaysia ja, cuma kecil sikit.. and sebelum nak masuk mall tu ada security check, macam dekat airport tu la.. dia scan beg kita masuk mesin tu and kita lalu bawah palang tu (idk what is the name) ... and dalam mall dia ada cinema macam malaysia jugak and semua.. serius tak jauh pun dari asrama kami ni.. jalan sikit dah sampai..

how about price? so far rasanya harga dia standard la.. affordable.. tapi saya tak beli pun. jimat is power right? .. kalau makanan kami suka beli dekat FIlE mall.

Oh ya.. tips membeli ya.. jangan lupa baca betul-betul.. translate habis-habis.. sebab kadang-kadang dia ada 2 harga.. satu yang member punya harga and satu lagi normal price..

Kalau mini Mall banyak ja dekat tepi tepi ni... ada FILE mall and BIM mall... (both dalam 500metre ja)..  selalu kami pergi dekat FILE sebab murah and banyak choice....

First day kami BERJALAN KAKI almost 5km, second day 8.1km and third day 10.1km... (hari ke empat tak keluar sebab penat sangat.. dah boleh jadi tourist guide dah ni)... haa.. jauh tak kami berjalan dekat sini... siap pergi mall , lawat masjid, tengok-tengok sekolah, tengok bank, kedai roti, kedai lampu, jalan dalam taman and semua.. nanti saya share lagi ya!

yang bawah ni gambar dekat AGORA mall punya tempat makan..


bawah ni roti dekat FILE mall.. ni roti mahal ket.. sebab macam berperisa


yang bawah ni jalan yang kami lalu ke AGORA mall.. sebelum ktorg jumpa shorrtcut


yang bawah ni gambar dalam mall.. sebab kami pergi pagi and weekdays tak ada orang sangat.. tapi bila weekend mashaallah baru nampak rakyat di sini





TELCO  SIMCARD TURKI - TURK TELEKOM

Firstly, untuk Telco asalnya kami nak beli dekat airport, but then sebab ramai sangat orang jadi kami beli dekat Sakarya , di Serdivan Mall..

Ada 3 jenis company TElco yang femes, TurkCell, Turk Telekom and Vodafone.. Antara tiga-tiga ni, ramai student Turki suggest Turk Telekom sebab dia paling murah and banyak free gift.

Kalau dekat airport, Turk Telekom 2GB ja dah 100lira, Vodafone 8GB/16GB ja dah 360lira..
tapi dekat Sakarya ni Turk Telekom 10GB 35lira monthly. Simcard 60lira.. jadi bulan pertama kami bayar 95lira untuk simcard + 10GB and dapat 4GB free gift.. hehe..

bawah ni share sikit gambar and no fon turki saya.. ahahah.. beware dengan nombor2 scammer ya..




Okaylah... rasanya tu ja kot kalini.. lain kali saya share lagi ya..

Apepon yang berlaku ingat ya.. mesti ada sebab kenapa kita berada di situ..  mesti ada hikmah.. cuma kita yang tak jumpa lagi.. kadangkala kita lihat sepertinya semua orang bergembira dan berjaya.. padahal kita tak pernah tahu kesengsaraan dan segala susah payah yang dia tanggung untuk ke tahap itu.. Kita sebenarnya sudah beruntung.. cuma kita yang tak mampu untuk lihat betapa banyak nikmat ilahi yang telah dia kirimkan kepada kita.. Okay? Awak hebat okay :)

Sekian update dari Tanah uthmaniyah.

Comments

Post a Comment