Assalamualaikum w.b.t
Orang kata kalau duduk di kuantan, ramadan tak lengkap kalau tak berbuka di padang MPK, berhadapan dengan masjid Negeri. Aktiviti wajib bagi sesiapa yang berpeluang ke kuantan adalah berterawih di MASJID NEGERI.
Buat pengetahuan semua, berdekatan Masjid Negeri, terdapat bazaar Ramadhan yang besar, jual pelbagai juadah berbuka puasa, kerepek raya, kuih raya, sampul duit raya dan sebagainya.
Haaa.. ni gambar kawan saya berlatarbelakangkan masjid negeri
PADANG MPK
Pemandangan dekat sini memang cantik, berlatarbelakangkan masjid berwarna biru yang gah tersergam di celah kota dan keindahan birunya langit.
Tempat ini sangat sesuai untuk membawa keluarga, classmate dan sebagainya. Yang bestnya sebab dekat sini padang dia sangat luas dan jangan risau kalau tidak bawak tikar. Tikar memang dijual dekat padang ni. Tikar biasa dalam rm10. Kalau tak nak beli, nak sewa pon boleh, harga dalam rm4-5. Nak bawak sendiri dari rumah pon boleh juga.
MASJID
masjid negeri ni design dia sangat unik. Dan sangat cantik juga. Kubahnya berwarna biru dan ada 4 menara. Haa... dan bertambah menarik lagi, first time saya jumpa tabung derma yang guna kad. Dia bukan mesin ATM. Dia khas untuk siapa nak sumbangkan untuk masjid.
Masjid ni boleh dijadikan masjid contoh juga. Untuk bahagian muslimin di bawah. Untuk bahagian muslimat ada di bawah dan atas. Tangga dia tinggi jugak.
Masjid ni jugak dilengkapi dengan Mini Library di kawasan koridor masjid, juga terdapat mesin urut, dewan makan dan pelbagai lagi. Yang uniknya kedudukan masjid di tengah kota kuantan ini turut menjadi daya tarikan kepada masyarakat untuk berkunjung ke masjid ini.
Di luar masjid, terdapat klinik dan gerai makanan, juga terdapat mesin ATM untuk memudahkan urusan. Oh ya! Masjid ini juga ada pengawal masjid yang akan mengejutkan pengunjung yang tidur dalam masjid.
Ini antara keindahan masjid dari dalam.
Semoga kuantan diberkati! Di negeri saya, jarang dapat peluang berbuka puasa beramai-ramai di hadapan masjid.
Sebenarnya, tujuan kami pergi ke Masjid Negeri ini adalah untuk mendapatkan Vibe atau suasana ramadhan sempena 10 malam terakhir. Semoga kita bertemu dengan Lailatul Qadr semuanya.
Seringkali kita terpana akibat melihat keindahan dunia. Membuatkan kadangkala kita terlupa tentang kehebatan Sang Maha Pencipta. Yang membuat kita terlupa bahawa keindahan makhluk itu adalah serpihan daripada kejadian dia yang sempurna. Pabila melihat kanvas langit yang berwarna biru, perlahan-lahan bertukar menjadi ungu dan gelap semuanya dalam beberapa detik waktu. Subhanallah! Betapa hebatnya Dia. Betapa kerdilnya kita. Menyedarkan kita bahawa sehebat mana kita. Hebat lagi Dia Yang Maha Kuat.
Seketika waktu kami sedang berbuka, kelihatan pelbagai gelagat manusia. Ada yang berwajah gembira, ada yang berduka, ada yang memerah keringat berniaga demi sesuap nasi dan sebagainya.
Barangkali mungkin kadangkala kita merasa nasib tidak menyebelahi diri, tetapi masih ada yang sunyi, masih ada rupanya yang kurang dari kita. Seketika, lihatlah dan sedarlah betapa beruntungnya kita.
Itu sahaja. Moga kuantan dan MALAYSIA diberkati!

Okay, atas ni waktu nak berbuka dah gambar di padang MPK

Jangan lupa share pasal turki nanti :)
ReplyDeleteBaikkk.. dah up satuu baru
Delete