BADRI TAAYAH : miftahul ashwaq

salam alaik semua..

sihat ke? apa khabar semua?
maaflah sejak kebelakangan ini sedikit teruji dengan kesibukan...
alhamdulillah baru sekarang terasa lapang sedikit...

baru- baru ini ana mendapat link dalam whatsapp group mengenai blog qiyadah BADRI sewaktu di Sekolah Raja Perempuan Taayah dahulu.

" wah .. menarik juga bait-bait kata yang dikarang oleh junior kami itu "
terselit rasa kagum kepada generasi BADRi kini yang pastinya mehnah mereka lebih mencabar dalam menyebarkan dakwah .. tertamanya kepada pelajar yang kini terdedah kepada pengaruh media sosial dan pelbagai penyakit yang kian membarah di dalam masyarakat ini...

lantas aku ter-scroll sebuah link kepada artikel mereka sebelum ini.
bertajuk - MIftahul Ashwaq..

Allahu.. terharu sungguh aku.. ternyata masih ada saham aku yang hidup untuk generasi ini..

memoir sewaktu aku memegang tampuk ketua lajnah usrah tarbiyah BADRi giat berlegar-legar. Sungguh manis memori itu..

pada sebuah petang yang indah .. seperti hari-hari biasa aku akan pergi ke KK (kutub kanah) atau perpustakaan dalam bahasa mudahnya untuk aku mengulang kaji pelejaran bersama temanku.. haa.. library ni kiranya antara tempat feveret sebab ada aircond dan jauh dari kebisingan ... plus, aku boleh jumpa banyak orang dan kalau bosan , boleh baca buku...

jadi.. kisahnya.. petang itu aku terjumpa sebuah buku .. bertajuk "qasidah untuk kekasih" ..

'hmmm.. ni mesti buku cinta couple islamik nih.. bosan betul...' monolog aku disebalik rak-rak buku itu.

lantas , aku membaca sinopsis yang tertera di belakang buku tersebut ... hanya membicarakan tentang cinta kepada rasul dan kisah persahabatan..

' wah menarik.. ada lagi ke novel islamik tanpa cerita tentang cinta zaman ni.. kena baca ni'
maka itulah permulaan kepada kisah miftahul ashwaq.

seusai membaca novel itu , aku seolah-olah disuntik satu inspirasi untuk berjuang .. untuk berdakwah.. begitu menakjubkan plot dan kisah dalam novel itu yang hanya melibatkan watak-watak kaum adam tanpa menyelitkan kewujudan cinta monyet dan sebagainya.. teras yang ingin disampaikan hanyalah untuk melahirkan pemuda yang berilmu tinggi , bertaqwa dan hidupnya hanya untuk dakwah dan perjuangan. juga mengajar aku jika tiada yang memulakan kebaikan... kita yang harus memulakannya.. itu tanggungjawab kita..

terinspirasi dengan novel itu .. dimana sebuah event mengenai malam cinta rasul yang diberi nama miftahul ashwaq yang bermaksud.. kunci kerinduan.. yaitu kerinduan kepada nabi muhammad s.a.w. .. allahu .. begitu mulia cita-cita itu..

maka , sebagai ketua lajnah usrah dan aku ketua kepada naqibah.. aku bersama syazeleen auji sewaktu itu dan sahabat-sahabat yang lain.. berserta ahli lajnah .. juga bersama naqibah-naqibah STAM .. berpakat untuk mengadakan program ini meski bukan tema cinta rasul.. tetapi the ultimate aim is to bring the soul and spirit of love untuk mengambalikan kecintaan kepada agama islam yang sebenar..

disebabkan idea aku ini hanyalah pada peringkat perintis.. maka ana target kepada adik-adik usrah dalam menengah rendah... ianya berlangsung selama seminggu.. tetapi ada satu malam explorace.. ada malam qasidah.. ada malam ceramah... malam muhasabah... programnya biasa-biasa cuma.. tapi roh yang ana ingin terapkan itu menggunung tinggi...

alhamdulillh .. terima kasih kepada sahabat-shabat ana.. yang sangat-sangat membantu dalam miftahul ashwaq..



kini .. hampir 3 tahun ana meninggalkan bumi tarbiyyah itu.. allahu.. masih terasa semangat dakwah dan ithar itu..

dan setelah 3 tahun.. masih ada juga legasi yang membantu meneruskan inspirasi itu .. dimana kali ini lebih teratur.. tahniah kepada qiyadah dahulu dan tahniah kepada qiyadah BADRi yang kini.. moga kita berjumpa di syurga..

oh... sebelum aku terlupa... di CFSiium PJ juga .. hasil daripada semangat itu .. kali ini alhamdulillah idea ana untuk Miftahul Asrar pula diterima. miftahul asrar ni berlaku waktu ana jadi Vice President Mahallah Khadijah ... ditambah pula disokong oleh presiden kak Adila Azman dan pengetua Madam Asiah Aling yang sangat-sangat membantu dalam urusan dakwah ..

dalam MIfathul Asrar or nama comel dia MARS ni . mostly activity majlis ilmu , talk , quranic competition , concert FAReast dan sebagainya... macam sebelumnya.. mungkin program itu sudah biasa ada.. cuma kali ini yang ingin ana bawa adalah semangat dan ruh yang semakin pudar itu.. kita gilap kembali.. dan sekurangnya ada saham kita di akhirat nanti..

sekian itu sahaja..
dari jiwa yang mendahagakan tarbiyah..
miftahul ashwaq..
kunci kerinduan kepada sebuah kecintaan kepada Rabb-Nya..

Comments