kaca yang pecah itu

salam alaik semua...

kadang kala mungkin kau terasa berat.. berat segala dugaan yang tiba.. dugaan demi dugaan hadir tanpa henti.. tanpa ada insan yang boleh diharapkan di sisi.. dan seketika.. kau terasa pipimu basah.. oh.. rupanya ... ada air mata yang mengalir.. dan ia mengalir tanpa henti.. dan jantung kau terasa berat... nafas terasa sesak... dan kau buntu antara dua pilihan.. keliru antara hak dan batil ... patutkah aku? ... perlukah aku?... mengapa aku?.. kau ingin pulang.. tapi kepada siapa?!

dan segala kebahagiaan seaakan lenyap dari dirimu.. hilang punca dan arah.. ibarat kelkatu di malam hari... 

dalam diam kau berharap masa akan menyelesaikan semuanya... hmm.. tetapi tidak.. 

maka...
carilah ketenangan dalam jiwamu... carilah ikhlas dalam hatimu.. berehatlah sebentar dan nangislah... pada penciptamu... yaqinlah bahawa dia sebaik-baik perancang.. berbicaralah dengan orang alim.. pintalah nasihat dari sahabatmu... mungkin ia teguran dari ilahi.. pintalah doa dari orang tuamu.. carilah keberkatan  ... meski makin sirna... carilah tuhan...

hakikatnya... hati itu kosong.. hati itu sedang sakit... hati itu tandus dari zikir.. rohaninya punah.. ia nazak! 

tapi.. masih ada secebis.. cebisan terakhir dari hatimu yang pernah hidup... cebisan itulah yang berbisik padamu.. cebisan terakhir yang berharga itu.. yang memberi kesedaran untuk menyelamatkan hati yang sedang tenat itu.. 

fi hifzillah , saudaraku. 

Comments