Salam alaik semua,
Saya disini setelah sekian lama. Baik, harini kita sembang pasal peluang kerjaya. Saya graduan jurusan fizik, (baru ja habis konvo), dan sekarang dah kerja. Sekarang dah masuk kerja yang kedua. Sebelum tu, nak bagitau yang ni tips kalau nak masuk industri. Banyak lagi bidang yang boleh diceburi.
Tujuan saya menulis:
1. Nak bagitau graduan fizik ni banyak peluang kerja.
2. Nak bagitau supaya yakin (and don`t be insecure). Jadilah bangga sebagai graduan fizik.
3. Nak bagitau yang korang boleh buat lagi bagus.
Okay baik.
Tips untuk dapat kerja.
1. Kena jadi unik dan berbeza.
2. Hantar banyak resume. (kalau saya rajin saya share)
3. Resume kene elok.
4. Kena berani untuk merantau.
Tapi yang penting kena banyak minta doa makayah.
Baik tapi boleh masuk industri apa dan sebagai apa?
Kalau industri di Malaysia lebih kepada semikonduktor, elektronik, optik.
Untuk skop kerja boleh tengok di bawah.
1. Process Engineer. (ni keje macam equipment + yield)
2. Equipment Engineer. (ni jaga mesin supaya sentiasa jalan)
3. Failure Analysis Engineer. (ni analisis barang, macam FBI)
4. Quality Assurance Engineer. (ni nak pastikan barang tu berkualiti ikut peraturan)
5. Yield Integration Engineer. (ni nak pastikan semua barang yang kita buat tak rosak)
6. Optic Engineer.
7. Data Analyst.
8. Executive.
9. RnD (ni saya ada kawan masuk Sime Darby)
Gaji selalu berapa?
Untuk gaji selalu dia akan bergantung banyak perkara. Ada yang ikut gred study, ada yang ikut kawasan. Tapi selalu kalau semikonduktor yang MNC memang seronok hahahah. Tapi lagi seronok kalau IT/ Oil and Gas. Tapi itulah, ikut minat dan keperluan. Ni waktu 2022. Setakat ni tak dengar lagi engineer underpaid kalau kawan-kawan saya yang industri semicon/elect.
1. Kalau untuk semikonduktor/elektronik (RM 2.7k-4k), untuk besi (RM 2.6k), untuk IT (3.5k -4.0)
2. Mengikut kawasan, untuk Penang/Kulim (RM 3.0k -4.0k), Perak (2.8k), Selangor (2.5k-2.8k).
3. Mengikut pengalaman kerja, yang ni memang pasti.
Okay setakat tu ja sekarang sebab nak attend training. :>
mekasih member yang kasi highlighter comel ni.
Comments
Post a Comment