Hai, apa khabar?
Bayangkan sedang memegang scroll graduation di tangan pada hari graduasi sambil menjawab email kerja di phone yang terselit di poket baju.
'Mengantuk, mengantuk nak tidur manaaa?' , alarm roomate kedengaran, rupanya kau masih di Kampus Kuantan. Baru sahaja lepas mendaki bukit kerana nak rehat sebentar sebelum kelas jam 330 petang nanti.
Haa.. setiap yang telah melaburkan masa, tenaga dan wang selama 5 tahun waktu muda ini sudah tentu mengharapkan akan ada hasil yang dapat disumbangkan bukan? Secara terus terang, bagi mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan, ya kan?
Jadi pemilihan concentration ini amatlah penting. Tapi tidaklah sepenting memilih calon isteri (eh?)
Di fizik, ada 3 concentration (setakat ini)
1. Instrumentation
2. Computational
3. Biophysics
Dan di saat surat(eh?) ini ditulis, tinggal baki 3 bulan sahaja lagi sebelum pengajian aku ditamatkan. huhu sedih sebab covid
1. Instrumentation
Secara kasarnya, bidang ini lebih kepada electronics, semiconductor, sensor. Yang melibatkan input dan output. Seperti namanya, jadi instrumentation ini banyak bermain dengan alatan, device, macam mana pasang ini jadi yang ini. Belajar cara macam mana sensor tu digunakan dan sebagainya. Projek yang selalu dibuat ialah Arduino.
Arduino ni kalau boleh belajar dari tahun pertama lah ya. Sebab seronok sangat. Macam buat robot.
Lagi? Belajar guna simulation software macam Labview. Belajar cara nak test device.
Btw, saya dari Instrumentation.
2. Computational
Yang ini antara highly recommended concentration. Sebab pada zaman 2020, concentration ni nampak lebih realistik. Hal ini adalah kerana lebih kepada belajar software and coding.
Nak hurai panjang sangat pun tak reti. Tapi selalu inshaallah yang ambil computational ni high demand, kira senang dapat kerja la kiranya.
Dan.. assignment dia banyak la jugak. huhu
3. Biophysics
Yang ini more kepada combination fizik dan biologi. Tapi kepada alatan la kiranya. Waktu batch kami, ada seorang ex-medic student yang ambil biophysics, jadi memang tererlah dia..
Antara projek yang selalu biophy ni buat cam buat sensor untuk pokok, radiology, bolehla intern kat hospital jugak. Banyak lagi sebenarnya, yang integrate biology and physics.
Sebenarnya, biophy ni payah jugak. Sebab macam aku ambil fizik nak lari dari bio. tapi eh ada bio. Orang-orang kuat ingatan + power bolehla ambil concentration ni.
-------
Antara 3 atas ni, kalau ikut minat aku suka instrumentation. kalau ikut realistik aku akan ambil computational.
Tapi dah nak habis study kan? 😂
Jadi itulah, akan ku gunakan semua yang ada di tangan aku sekarang untuk menghabiskan fizik ni. Btw haritu aku intern di semiconductor punya company, dan aku memang minat electronicsm. Tapi manusia berubah-ubah kan.
Dan.. ayah aku pesan, belajar zaman sekarang ni tak boleh niat untuk kerja. Kena niat nak improve diri. Sebab kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak. Contoh lain bidang. Tapi dah jadi. Lagipun kita merancang, tapi Allah memberi yang terbaik dari sisi-Nya.
Sekarang ni aku macam minat UIUX design, macam design untuk apps and software tula. Atau aku sambung study kat Turki balik, tapi sekarang covid. Atau aku buka business, tapi semua orang boleh buka business dan aku nak semua orang nampak keindahan fizik yang takda dalam bilik kuliah.
Itu sahajalah, lupa ada yang subscribe. Dulu aku buat blog ni jadi diary haha.
Kalau rajin nanti aku kongsikan pengalaman aku intern dan buat FYP
Okayla weyh, nak baca komik dulu
Nice sharing!! I'm currently an IIUM student 2020/2021, and looking forward nak sambung degree in Physics juga..
ReplyDeletedah sambung physics ke? hehhe saya dah kerja sekarang, lepas 3 minggu dapat final result dah dapat offer. jadi kalau orang kata ambil physics susah dapat kerja tu jangan percaya tau
Delete