Tiupan Semangat agar tidak mudah lemah!

Lelaki dan perempuan yang didambakan ummah.. seharusnya menggunakan apa sahaja yang berada dalam genggamannya untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi. Lelaki dan wanita ini setiap hari sibuk berfikir bagaimana hendak membaiki diri, bagaimana caranya menaik taraf ummah ini, membangun ekonomi dan juga siasah.

Lelaki dan perempuan yang hebat itu, yang menerima di mana bumi yang dipijak, di mana langit yang dijunjung. Masa mereka bukanlah untuk perkara sia-sia.
Mereka juga bukanlah orang pertama yang meminta-minta pertolongan. Bahkan merekalah yang terkedepan, mencari jika ada yang perlu dibantu.

Mereka bukanlah golongan yang mencipta alasan demi alasan. Masa mereka tidak sempat untuk disibukkan dengan siri-siri drama yang menghalalkan ikhtilat, bukan jua untuk bersengkang mata dihabiskan demi sebuah gaming yang melalaikan. Walhal subuhnya masih bukan di Masjid atau surau! Dan terus dia berkata dia kuat ?!

Cakap soal jodoh punya lantang sekali berbunyi, padahal bersiapan diri pun tidak tahu. Munakahat? Muamalat? Fiqh? Ilmu didikan anak? Psikologi keluarga? Yang ditahunya hatinya sakit  menahan cinta dek ikut-ikutan dari dalam TV3, Ig dan Tiktok. Sedarkah kita Cinta sebenar hanya kepada Dia dan agama? Bagaimana mahu memimpin keluarga kalau perkara2 remeh juga masih dibiar orang lain laksanakan?

Sudahlah sudah.. kata-kata ini hakikatnya nasihat buat diri ini.. Aku pasti sekali bukan aku sendirian yang terasa penat dengan manusia dan dunia ini. Kamu juga begitukan? Baiklah, kita sama-sama tingkatkan diri kita. Saling kuat dan memberi meski kita pernah jatuh


Comments