UNCERTAINTY PRINCIPLE : LIMIT ilmu manusia

Assalamaualaikum w.b.t. semua!!

okay harini nak komgsi tentang topik yang saya belajar dalam subjek Quantum Fizik di sini. Oh ya, jangan lupa doakan saya ya. Sebab esok midterm subjek Elektromagnetic 2 di Sakarya University ini.

(lanje ket gambar meja study haritu sebelum kena sepah dengan nota-nota yang bertaburannn... bahan yang penting 1. Laptop 2. Internet 3. Otak dan minda yang sihat )


Untuk tugasan saya minggu lalu, saya diminta untuk mencari dan membuat nota tentang " the uncertainty principle " yang merupakan asas kepada schrodinger equation. Haa.. sebenarnya, di IIUM juga dalam subjek Modern Physics, kami ada belajar pasal Uncertainty Principle semester lepas, yang ni kira sambungan dan lebih terperinci.

Sebelum tu, secara asas fizik terbahagi kepada 2: 'classical physis' dan 'quantum physics' ... bezanya ialah dalam classical physics kita akan belajar hukum-hukum newton, kelajuan , inertia dan sebagainya.. di mana kita boleh jangka berapa kelajuan (velocity) dan position sesebuah objek secara tepat...  kita anggap bahawa semua tenaga dalam bentuk yang continous dan predictable. contoh kalau saya baling bola kepada Syaroz yang kedudukannya 3 metre dari saya dengan sudut 30degree ke udara. saya boleh jangka pada saat ke berapa bola itu sampai kepada Syaroz dan saya boleh predict halaju bola dan posisi sepanjang proses tersebut. Yang ni dalam subjek SPM akan belajar.

tetapi dalam Quantum Physics. Kita tahu bahawa setiap particle itu adalah dalam quanta(paket) atau dalam group... dan particle boleh jadi dalam bentuk wave dan sebaliknya. Lebih detail belajar di universiti dan merupakan bidang yang sedang diberikan perhatian untuk membuat teknologi nano dan sebagainya yang kita masih tidak mampu bayangkan.

Secara ringkas, dalam classical physics.. semua tenaga dan pengiraan macam kita turun bukit ( yang guna plane rata).. tapi kalau Quantum Physics.. energy, tenaga dan pengiraan macam kita turun guna tangga.. sebab dia ada level-level dia.. kalau nak tahu lebih boleh google or ws saya ya..

Eh! Jangan pening, tu intro sahaja baru okay..   Straight to the point

Dalam uncertainty Principle ni, dia nak kata ... dalam pengiraan fizik pada skala yang terkecil kecil kecil sekali.. walau dengan kecanggihan teknologi .. menggunakan alat yang paling tepat sekalipun... kita masih tidak akan mampu mengetahui dengan tepat... tentang keduduan (position) dan momentum sesebuah particle...  haa... cam bawah ni



Jika kita tahu kedudukan sesebuah particle dengan tepat, maksudnya pengetahuan kita tentang momentum atau kelajuan particle itu adalah samar-samar... walau kita ulang eksperiment tu berjuta- juta kali.. dengan teknologi paling tepat.. dan
setakat ini telah banyak para saintis yang mahu membuktikan bahawa mereka boleh cari yang lebih tepat.. tapi masih tidak mampu sehingga sekarang...


okay boleh tengok explanation Heisenberg Uncertainty Principle di siniiiiii !

haa.. menakjubkan kan?

lantas, saya melemparkan pandangan ke kanvas langit yang bertukar warna biru lembut, kosong tanpa gumpalan awan...

hmm... jadi kiranya dalam hal ini pun masih wujud keterbatasan dalam pengetahuan manusia.. padahal sepatutnya perkara itu boleh dikira bukan?... itu baru satu dalam bidang ilmu manusia, belum lagi dalam bidang perubatan, cara mencegah kanser.. dalam teknologi jana kuasa.. bagaimana menjana kuasa tanpa henti... dalam bidang kimia dan material.. mencari material yang paling kuat, tahan haba dan paling ringan, mencari blackhole dan planet-planet lain dalam bidang astronomi..

Malah, ada juga bidang ilmu yang bukan dalam limit fikiran kita seperti ajal dan maut, bagaiman malam pertama kita sebagai jenazah? apa yang terjadi kepada roh? rahsia rezeki dan keberkatan? dan sebagainya? belum lagi soal hikmah , ujian dan negeri akhirat yang tiada siapa tahu bagaimana getarnya hari itu... dan kenikmatan-kenikmatan dalam syurga yang tidak tergambar oleh minda dan pancaindera manusia yang terhad ini..

Tapi kita kadangkala dengan ilmu yang hanya diukur dengan helaian kertas peperiksaan dan sijil-sijil, masih mampu untuk bongkak mendabik dada berkata "oh, aku tahu segalanya tentang ini dan itu... " Padahal masa kita semakin singkat, dan masaih banyak amanah yang tidak terlangsai dalam diri kita kadangkala terjerat sendiri dengan nafsu dan godaan duaniawi.

dalam apa jua bidang yang kita belajar, yang kita ceburi, buat dengan penuh minat dan kesungguhan. Dan ambil masa sebentar cuma untuk melihat dan merenung, mengambil ibrah dan mengakui kehebatan Rabb.

Okay, setekat itu sahaja coretan buat kali ini.. semoga kita dilindungi dalam keimanan dan ketaqwaan.   

Comments