PERJALANAN DARI MALAYSIA KE TURKEY KE SAKARYA

Hey, Assalamualaikum w.b.t gais!

Bertemu kita kembali di sini. Okay, kalini nak share sikit cara kalau nak travel dari Malaysia ke Turkey dan ke Sakarya.

KLIA - ATATURK airport, Turkey - Otogar - Terminal Bas Sakarya

Malaysia , KLIA

Okay, dari Malaysia ke Turki, kami ambil flight Turkish Airways, kalau nak guna jalan darat pon boleh, cuma lambat dan kena lalui banyak negara.. hehe.. Yang kami naik ni direct flight selama 11jam. Saya akan cerita sedikit procedure kami, since saya first timer and saya tak nak orang lain pon terpinga-pinga macam saya haritu.

Firstly, pastikan dah ada tiket and passport.

Then, bila dah smpai tu, wrap beg dengan plastik ( dalam Rm13 ) dan timbang berat beg siap-siap. dekat KLIA ada provide.. Yang step ni optional tau..

Lepastu, CHECK_IN, cari kaunter yang ada tunjuk kita punya flight and no flight, and dia akan minta passport kita .. dekat sini nanti beg besar kita akan di tag and terus dia ambil untul proses. Oh barang dalam beg besar ni berat maximum 30kg kalau naik Turkish Airlines yang economy.. and dia akan bagi tag untuk kita letak dekat beg kecik (max 8kg) untuk naik flight.. and dia akan bagi boarding pass.. jap saya send gambar.

Okay, then ready untuk ke departure hall, time ni nak bye-bye family, salam, tangkap gambar semua..  and one more time the officer akan check passport and our boarding pass. And cari gate kita.. selalu untuk international flight nanti akan ada macam mini LRT akan bawak kita ke tempat before kita masuk flight.

And then, you arrive in the flight. Seating ikut yang ada dekat boarding pass tu.. dalam flight nanti dia bagi headphone, selimut, slipper, penutup mata. Makanan dua kali, tapi makanan dia memang makanan turki, air boleh minta banyak kali.



yang bawah ni set headpphone, selimut and cushion yang dia provide.. and depan tu skrin untuk tengok movie and tengok maps and dengar lagu.. heheh







ATATURK AIRPORT, turkey

Okay, waktu kami sampai tu tengah jam 6:00 pagi. Then, lepas pergi Passport check, and ambil beg, waktu check in di Malaysia dia dah beritahu kita boleh ambil kita punya beg di kaunter mana.. Alhamdulillah, beg tak rosak..

Dekat sini, wifi dia macam tak available sangat, tapi ada jugak sipi-sipi internet, kalau nak internet, boleh ke STARBUCK,

Then, kami ingat nak beli simcard dekat airport, tapi mahal sangat and ramai orang, 2GB ja dah 100lira.. jadi kami decide untuk beli di Otogar(stesen bas)..

METRO KE OTOGAR

Dari Airport ke Otogar kena naik Metro, sejenis LRT di turki, tapi kami tak tahu macam mana nak beli tiket di situ and sebab kami tiada duit kecik. Jadi kami pon tanya warga turki di situ. And luckily, ada seorang pramugara yang baik hati yang menolong kami, dia tolong bayarkan tiket kami bertiga dan tunjukkan cara ke otogar.

Naik metri ni kena beli Istanbulkart sebenarnya, 6 lira, and dia kena top up macam card TouchnGo di Malaysia. Tapi di sini, bayar waktu masuk shaja, kiranya tak kisah anda ke mana, harga still sama. Jika dibandingkan, keadaan LRT di malaysia, jauh lebih maju,banyak dan luas berbanding di negara mereka.

BAS DARI OTOGAR KE SAKARYA

Okay, setibanya kami di Otogar(macam TBS kalau di Malaysia), kami disambut oleh seorang pakcik ulat tiket...huhuhu..  then kami jalan cepat-cepat dan tinggalkan kawasan itu. Kalau di TBS, kita pergi di satu kaunter, kita boleh tengok dan beli tiket dari banyak bus, tapi di Otogar, ada deretan kedai yang mempunyai pelbagai jenis company bus.

Dalam survey kami, ada 2 jenis bus yang di suggestkan.. antaranya VIB , METRO dan satu lagi saya tak ingat... Then kami ambil bus METRO, harga 40lira ke Adapazari (nama lain bagi sakarya). Bas dia available setiap 1 jam.. Dalam bas dia ada wifi, jadi kami boleh whatsapp family.. yang bagusnya bas turki ni , siap ada hidangkan air and bagi makanan ringan lagi, bas dia pon ada skrin macam TV dekat depan setiap seat.

yang bawah ni gambar company dia... tapi gambar x tangkap habis sebab x cukup space

yang bawah ni snek yang dia hidangkan.. ada air jugakk..

snap sikit gambar muffin kita.. even goyang sebab tengah gerak




SAKARYA

Alhamdulillah , perjalanan ke Sakarya mengambil masa dalam 2-3 jam, kawasan di sana berbukit-bukit, and rumahnya pelbagai jenis, macam tiada rumah teres, pokok-pokok pine yang menghiasi pemandangan kami. Warga Turki sangat berbangga dengan negara mereka, jadi di sepanjang jalan boleh nampak banyak bendera Turki yang besar-besar berkibaran dengan megahnya. Gumpalan Awan-awan kelihatan rendah sekali, mata ini menyaksikan lagi keajaiban ciptaan ilahi di bumi uthmaniyah ini.

Setibanya kami di Sakarya Buyuksehir Terminal, seorang volunteers dari Sakarya UNiversity telah tiba untuk guide kami ke asrama, nama dia Br. Aras. 

SAKARYA ke UNIyurt

Okay, disebabkan beberapa masalah dan ketiadaan pelajar Malaysia untuk membantu kami .. hahahha... jadi pelajar turki suggestkan kami untuk menginap di Uniyurt sepanjang program kami... jadi kami pon okaylah...

dari Stesen Bas Sakarya ke Uniyurt ni kena ambil 2 mini bus.. luckily Aras ada.. and kesian jugak dekat dia sebab dia angkat beg kami yang berat tu semua.. huhuhu.. yang bawah ni gambar first bus.. yang secong tu x sempat snap.. tapi yang second tu macam van yang dia modified jd minibus..



and dah smpai uniyurt.. bas dia serius laju... okay, next time saya share pasal accomodation and mall pulak dekat sini ya. doakan saya jugak supaya saya fluent Turkish. Harini hari ke lima kami disini.

Comments