RAMADHAN DI IIUM KUANTAN : PART 1

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan Kareem!!
Allahu akram!!

Alhamdulilllah tiba kita di bulan Ramadhan ini. Okay, kalini saya bakal share daily routine saya as student pada bulan ramadhan. Okay ni tahun kedua saya ber-ramadhan di IIUM kuantan.

Kali ini bulan Ramadhan jatuh pada tarikh kami final exam, jadi ada faktor keberkatan di situ.  Hehhe.

Subuh // sahur

Jujur saya susah bangun sahur ni. Tapi sebab saya tidur lewat, kira sahurlah sekali ya. Sahur di sini macam biasa. Student boleh beli makanan di kafe. Or untuk yang qiyamullail dekat masjid tu, selalunya pihak masjid akan provide sahur sekali. Tapi memang selalu di sini, akan sentiasa ada pihak yang sponsor makanan sahur free untuk student, ada yang letak di mahallah dan kafe. Ada jugak whatsapp viral inform yang ada sahur disediakan di sekian-sekian.

Haa.. sekali sahur tu sementara tunggu azan subuh memang student selalu solat sunat dan baca quran. Kalau bukak tingkap tu boleh dengar orang baca quran sayup-sayup.

Siang // dhuha

Waktu siang jugak masih sama. Yang ada kelas akan proceed ke kelas. As muslim, ada yang solat dhuha and tazkirah dhuha and sebagainya.

Musim ramadhan ni banyak group tadarus yang ditubuhkan untuk meraikan ramadhan. Yang ni optional tapi memang ramai yang join. Kalau tak join pon, still tadarus kat bilik. Petang-petang still boleh nampak brother yang joging walaupun musim puasa. And kalau yang free, selain belajar kami juga tidur dan melihat movie, basuh kain dan terlibat dengan volunterism.

Magrib // iftar

Okay part ni. Usually dalam jam 5-6 tu kalau yang nak pergi bazaar ke iftar kat padang MPK ke dah start gerak.

Mostly student akan pergi ke MASJID uia.. heheh.. kalau yang ada motor naik motor.. kalau rajin jalan kaki.. kalau rileks-rileks naik bas.. bas selalu ada dalan 615 dan 645. Jadi sister-sister akan start gerak ke masjid.

Specialnya iftar dekat masjid ni sebab makan dalam talam everyday. Open untuk student dan orang luar sekali. Dan selalu dapat banyak sponsor. Even student and jemaah ramai, tapi setakat ni makanan sentiasa cukup.

Oh.. bulan ramadhan ni dekat mana-mana ja ada kurma free.. dekat library ada.  Dekat masjid ada.. and dekat office pon ada.. tak perlu beli pon ada ja stok hehhe

Okay. Lepas iftar, basuh talam sendiri and kemas2 tempat iftar and solat magrib jemaah.

Haa.. bawah ni lanje sat gambar masjid uia.. yang depan tu khemah moreh.. part tu nanti saya cerita..
 Yang bawah ni makan dalam talam, waktu ni gambar makan berdua, ada jugak gambar makanan dalam talam yang sedap ramai2.. tapi lupa nak ambil.. heheh

Sekian sahaja kali ini

Comments