DERMA DARAH DI IIUM

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di sini. Hari ini saya agak penat. Baru lepas program mungkin. Its okay. Program ni nanti saya cerita dalam post akan datang.

Sempena progran ihya' ramadhan, pelbagai aktiviti dijalankan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, IIUM Kuantan.

Minggu ni, 3 kali team perubatan dari HTAA datang masjid untuk program derma darah. Program ni dilaksanakan lepas isya'. Jadi kiranya semua jemaah dan makan dan mempunyai kandungan glucose yang stabil. Okay kalini nak cerita procedure ya. Oh. Sebelum tu syarat2.

Syarat derma darah
1. Berat melebihi 40 - 45kg
2. Telah makan
3. Sihat
4. Bagi perempuan tidak dalam keadaan haid.
5. Mempunyai kandungan glucose yang mencukupi (saya tidak pasti berapa)
6. Telah cukup 3 bulan jarak dari kali terakhir derma darah.

Okay. Kalau cukup syarat2 basic ni inshaalllah boleh proceed. Next, procedure.

1. Isi borang, bawak IC kalau boleh.
2. Timbang berat
3. Check jenis darah dan kandungan glucose.
4. Check tekanan darah.
5. Untuk yang pertama kali akan dapat buku merah (simpan tau buku ni)
6. Dapat plastik yang ada tube dan borang2 dan kantung untuk isi darah.
7. Then, ready untuk dicucuk. Ahaha..
8. Lepas amik darah tu, dia suruh rest dalam 10 minit.
9. Ambil makanan hehe..

Basically ini sahaja step2 derma darah. Maka jomlah derma darah. Banyak faedahnya. Yang utama semestinya membantu menyelamatkan nyawa. Dengan derma darah juga anda boleh dapatkan rawatan perubatan percuma bergantung kepada kekerapan anda menderma. Kalau saya darah jenis O, jenis O ni universal donor, semua jenis darah boleh terima darah O.

Buat pengetahuan, darah secara umum ada 4 jenis O, A, B, dan AB. Manusia boleh terima darah ikut certain jenis darah sahaja. Contoh yang jenis A, boleh terima dari A dan O.  Kalau salah jenis darah, accumulation boleh berlaku, maksudnya perkumpulan darah, dan seterusnya darah tidak boleh mengalir dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Itulah pentingnya bekalan darah yang cukup. Untuk menyelamatkan ibu2 bersalin, orang kemalangan dan pesakit yang dibedah dan pelbagai lagi.

خير الناس أنفعهم للناس
 Saya tidak pasti betul ke ejaan saya. Tapi maksudnya sebaik-baik manusia yang paling besar manfaatnya. Maka ayuh. Tak sakit pon.

Bawah ni gambar makanan yang dapat

Comments