FREE TUITION PROJECT via sciencess via KUANTAN PRIHATIN

SAlam alaik ,

okay , hari ini saya nak kongsikan sebuah program yang saya sertai semalam. Alhamdulillah, sebuah kesempatan beharga ini diberikan ilahi.

program Free Tuition Project ini merekruit pelajar-pelajar IIUM kuantan sebagai tutor untuk subjek sains, biologi , fizik , kimia , matematik , metematik tambahan , bahasa inggeris dan pengajian quran. Program ini sebenarnya telah mendapat kerjasama daripada badan seperti KUANTAN PRIHATIN.

Seramai 13 orang pelajar telah terlibat sebagai tutor pada hari perasmian di sebuah sekolah. kami bertolak dari IIUM Kuantan pada jam 8 pagi. Lokasi sekolah itu adalah berhampiran dengan Pantai Sepat. Jadi , kebanyakan pelajar berlatarbelakangkan keluarga yang berkhidmat sebagai nelayan di persisiran pantai.

kami bertolak naik kereta student , jadi dalam kereta itu ada bro aizudin, hidayah , aku , sadiya from bangladesh dan faezah . kalini banyak pengalaman beharga yang aku dapat kutip

ANAK MUDA DAN STUDY

Program pada pagi itu dimulakan dengan sebuah ceramah motivasi dari pengetua sekolah. Sungguh berkobar-kobar. Bilangan pelajar hampir mencecah 150 pelajar tetapi hanya separuh yang hadir : aku difahamkan pelajar lain ada yang terlibat dengan sukan dan sebagainya. Cuma, bagi aku bilangan itu kurang memuaskan. mungkin kerana ini hanya perasmian.

dan kami kemudian bermesyuarat bersama guru-guru tentang silibus matapelajaran di sana.
hmmm.. sukar juga untuk menjadi pendidik pada era ini. getusku di pagi itu.

difahamkan penguasaan bahasa masih pada tahap yang biasa-biasa sahaja dan telah lama pelajar tidak mendapat keputusan straight A. huhuhu.. pada aku , ia masih di tahap menbimbangkan .. dan aku perlu membantu pelajar ini.

ya, aku sendiri tahu ia sukar unuk bertahan dalam zaman yang penuh cabaran , pengaruh dan ujian ini. mungkin sekali anak muda ini menghadapi masalah kewangan yang memaksanya untuk bekerja dan penat dalam belajar. mungkin sekali  mereka tidak mempunyai sebab yang tetap untuk terus belajar. mungkin sekali kondisi yang menghalang . mungkin sekali ujian hidup yang terlampau berat . terlampau banyak kemungkinan dan sebab yang tidak patut aku menghukum mereka kenapa tidak terus belajar dan berbeza..

PERANAN MAHASISWA

Seorang penuntut ilmu itu harus bertebaran di bumi ilahi.
berkelana , melihat dan membantu masyarakat.
aku melihat air yang tenang kalau bertakung akan mencemar kandungannya sendiri,
sekiranya ia mengalir , ia akan baik ,
sekiranya tidak , ia akan tercemar,
 
anak panah yang tidak terlepas dari busurnya tidak akan mengena sasaran..
biji emas tiada beza dengan biji tanah bila bercampur di tempat asalnya..
kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan..
 
jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu,
engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru..
dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya..
 
maka , aku menyeru penuntut ilmu untuk menyebarkan ilmunya
 
yang pasti aku pernah berada di tempat mereka dan aku akan membantu sedaya aku. doakan la aku ya.. aku juga akan berusaha merekrut lagi mahasiswa disini untuk membantu anak bangsa ini. mereka perlu dibantu. mereka ada potensi

kita sebagai mahasiswa mungkin kekurangan dari segi harta , tapi kita masih punya ilmu dan kudrat ,
bagi aku, menjadi seorang pelajar cemerlang itu bukanlah hanya pencapaian akademik semata-mata , malah sepatutnya menginfakkan diri nya untuk pembangunan ummmah juga. meski yang kita hanya buat hanya secebis usaha untuk ummah ini.


EXPECTATION AND NEW NETWORK


Lagi satu yang aku belajar dari trip ini , masyarakat akan beranggapan panguasaan bahasa inggeris seorang pelajar UIA ni sangat power. mungkin ini apa yang aku rasa sahaja.

dan kalini aku berkenalan dengan seorang international student , nama dia Sadiya from Bangladesh. jadi conversation mesti dlam english la kan. bagus jugak ni sebab melatih aku untuk more confident dalam conversation in english.

next , aku dapat seorang kawan baru , nama faezah ,sangat bersemangat dalam cari modul-modul untuk tutor program ni, student chemistry , dan dia ni memang suka colour painting . hahaha.. memang sesuai sebab aku pun buat doodle dalam syarozarts and dia minat painting . first time aku jumpa science student yang minat arts jugak . hehehe..

sekian sahaja coretan kalini , mekasih semua.
, banyak lagi sebenarnya heheh.

p/s: ini hanya sekadar pandangan dari seorang penuntut ilmu yang masih lemah. mungkin sekali ada kekurangan yang perlu dibaiki.
 

Comments