AKU BUDAK FIZIK . SIRI 1 . PLANCK SCALE

Salam alaik ,
hello !

okay , harini kelas Modern Physics kami mengenai physics in Hollywood !

task 1 : THE SCIENCE UNDER ANTMAN :

minggu ini kami ditugaskan untuk membuat sebuah kajian tentang sebuah theory physics mengenai ANTman . Di mana persoalan utamanya adalah kemungkinan bagi manusia untuk dikecilkan , di "compresskan" , di mana semua cell dalam badan manusia di"shrink"kan tanpa menjejaskan keadaan individu samada dari segi fizikal mahupun biologinya.

Pertama sekali mengenai PLANCK SCALE?

Ia merupakan sebuah unit measurement di mana sesebuah unit ( length , mass , charge , time , temperature ) pada tahap yang paling kecil untuk ia diterima oleh teori fizik klasik ( classical physics ) .

Adapun , unit ini adalah pada peringkat yang amat kecil sekali. Sebagai contoh , 1 unit PLANCK MASS boleh dianalogikan bersamaan 1% berat sebuah nyamuk . Haaa... sungguh kecil bukan?! Contoh yang lain pula , 1 unit PLANCK LENGTH boleh dibayangkan seperti 10^-20 diameter sebuah proton.

Akan tetapi , theori sains mengenai PLANCK SCALE ini masih pada peringkat kajian. Mungkin sekali akan wujud perkara yang lebih kecil dari planck scale. Pada masa ini , bedasarkan kajian para saintis , difahamkan , sesuatu yang lebih kecil daripada unit PLANCK SCALE ini tidak boleh mematuhi undang-undang physics ( seperti teori graviti , teori F=ma dan sebagainya).

Jadi , adakah POSSIBLE untuk kita kecilkan manusia seperti ANTMAN?

Bedasarkan teknologi kini , proses untuk mengecilkan manusia masih tidak dapat dilakukan. Anda boleh sahaja google di dalam intermet. Di dalam dunia logik dan sains , masih tiada jalan untuk kita kecilkan saiz manusia dalam masa yang singkat kerana tersangat kompleks tubuh manusia itu. Di mana jika anda mengkaji dengan lebih, jika anda mengecil , molecule udara akan menjadi terlalu besar untuk berada dalam paru-paru manusia. Tetapi , saintis telah menemukan cara untuk mengecilkan saiz cell.

Maka , meski mengecilkan manusia adalah mustahil pada masa sekarang , pemikiran krirtis seperti ini yang kita mahukan . Imaginasi yang boleh menyumbang kepada sebuah pemikiran yang menyumbang kepada dunia pendidikan.

" belajarlah fizik , kenalilah penciptamu , DIA yang Maha Berkuasa "

P/s : maafkan susunan bahasa yang masih tidak teratur , tulisan ini hanya mengenai apa yang saya faham  , boleh jadi terdapat beberapa fakta yang saya masih belum discover. sebarang komen membina amat digalakkan demi pembangunan ilmu fizik!

 

Comments