hari itu hari cuti. dan tuhan gerakkan hati aku untuk menyertai sebuah team sukarelawan anjuran WAMY CLUB IIUM , bertempat di sg. isap ,kuantan , pahang. kami bergerak pada jam 8 pagi. Dan akhirnya kami tiba di destinasi.
"Rumah anak yatim dan Fakir Miskin Permata al-insyirah"
hmm.. sedap nama.. mata aku memerhati rumah separa kayu dan batu itu, yang dicat bewarna hijau .. dan anak-anak itu mula bersalaman dengan kami. dan aku sedikit terkejut sedikit , kerana lingkungan umur anak-anak di situ adalah dari 6 tahun , masih sangat kecik bagiku untuk mengenal dunia dalam situasi yang susah ini.
"waalaikumsalam kakak.." bergema suara ruang tamu kecil itu dengan suara anak2 itu.
dan kami mendengar taklimat dari Umi , ketua rumah tersebut , dikisahkan rumah itu didiami anak-anak yang berasal dari keluarga yang fakir miskin. Umi bersama-sama suaminya berusaha membangunkan rumah itu . Dan aku sangat tersentuh tatkala umi memberitahu bahawa objektif utama didikannya adalah supaya anak-anak itu menjaga solat , menjaga aurat , membaca alquran . Sambungnya lagi , bukan mudah untuk mendidik anak-anak yang masih kanak-kanak dan remaja ini .
terpana aku . aku sedar kondisi adik-adik dan generasi aku di tahap yang bahaya.Satu tahap yang mereka senang dipengaruhi dengan keindahan dunia. diri aku sendiri diserang setiap saat, apatah lagi mereka yang masih muda. sungguh kasihan...
dan aku berbual dengan anak-anak di situ. Ada yang masih mempunyai ibu atau bapa , ada juga yang kehilangan kedua-duanya. ahh... sungguh pilu.. mereka masih kecil! .. ada diantara mereka yang ibubapanya bercerai , berpisah dan terus hilang... aku terfikir... manusiakah ibubapa mereka ini?!! sanggup meninggalkan darah daging sendiri tanpa perhatian... ada juga yang duduk di rumah itu kerana keluarga mereka tidak mampu.. allahu...
allahu .. berat sungguh dugaan mereka..
namun.. terselit cita-cita besar di dasar sukma mereka
"ira nak usaha betul , takkan selamanya orang kaya yang menjadi kaya.. takkan selamanya kami hendak miskin"
nampak seolah-olah pedih.. tapi inilah hakikat bangsaku , inilah hakikat negaraku ... anak-anak ini perlu usaha.. anak-anak ini perlu sokongan untuk berjaya
dan.. aku memerhati mereka.. mereka semua hebat-hebat belaka... mereka semua baik-baik.. cuma mereka perlu perhatian dan inspirasi.. dan sedikit suntikan semangat...
aku melihat aku dalam diri mereka ... dan aku lihat harapan dalam bola mata itu... dan aku lihat sebuah masa depan yang cerah dalam diri mereka... dan aku faham mereka... dan aku nak mereka berjaya dan kuat... aku tahu betapa lemah bila jatuh.. aku tahu betapa peritnya berjalan sendiri... aku faham betapa peritnya hidup tanpa tujuan dan inspirasi... aku tahu betapa mereka dambakan sokongan dan perhatian untuk kuat... kerna mereka saudaraku..
dan aku merayu kepada semua anak muda... saksikanlah... saudara kita perlukan kita.. adik kita perlukan kita... bukannya susah untuk bertanya khabar dan mengucap goodluck.... kepada golongan yang berada.. saksikanlah... ada golongan yang masih susah... ada yang harus kita bantu.. yang perlu kita lindungi... maka... usahalah selagi mampu...
doaku.... agar aku , kau dan mereka bertemu kejayaan daan kebahagiaan.
-herotanpanama-
Comments
Post a Comment